Assalamualaikum semuaaa :*
Harini jom kita belajar cara mengenalpasti kulit anda! Mungkin ada yang tahu and mungkin juga ada yang taktau kan.. Takpe kita share dgn awak semua hokeyy..
JOM MULAKAN..!
*ehem ehemm*
Terdapat empat jenis kulit secara asasnya, iaitu ;
- Kulit kering
- Kulit normal
- Kulit kombinasi
- Kulit berminyak
KULIT KERING
Antara ciri kulit kering adalah pori yang kecil dan wajah agak kusam tanpa atau sedikit minyak dipermukaan kulit. Garis ekspresi mudah terbentuk terutama di sekitar mata dan mulut. Biasanya, kulit kering terjadi dalam kalangan wanita berusia lebih 40 tahun yang tinggal dikawasan beriklim kelembapan rendah. Selain itu, kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur diluar rumah. Kulit akan menjadi kasar, tegang, merekah ataupun semakin kendur.
KULIT NORMAL
Kulit normal ialah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin. Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau pori tersumbat. Apabila dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk sehinggalah pada peringkat usia yang lanjut.
KULIT KOMBINASI
Jenis kulit yang sihat dan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan T Zone (Sepanjang dahi dan hidung sampai ke dagu) dengan sedikit kering pada pipi dan bahagian sisi luar muka. Jika dijaga dengan rapi, kedutan dan garis-garis jarang terbentuk.
KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum menghasilkan minyak yang banyak dan berlebihan, lalu menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang kala muka menjadi berminyak atau melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci. Pori kelihatan kasar berbanding dengan jenis kulit yang lain. Kulit berminyak lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat dan mudah tercela. Keistimewaan kulit berminyak ini adalah tidak mudah berkedut kerana jumlah minyak yang banyak pada permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan dan persekitaran.
Haaaa dah tahu dah apa jenis kulit uolss? Kalau dah tahu alhamdulillah :) Lepas ni lebih mudah uolss nak pilih skincare yang sesui dengan jenis kulit betul tak hehe senyum sikit ;D
Mengalami masalah memilih products yang sesuai dengan kulit anda?
Perlukan skin consultation secara percuma?
Ask me now!
Nini - 01126135414
Mary Kay Senior Beauty Consultant